Dapatkan koleksi buku Travelog Haji & Travelog Dakwah serta CD Motivasi Haji di sini!

![]()
Saya ikuti ceramah Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim di surau tempat saya minggu lepas. Ceramah yang hebat dan berkesan. Pesan ustazah yang telah menjadi amalan saya, tulis nota-nota penting sewaktu ikuti pengajian ilmu seperti itu. Kaedah ini berkesan kerana kita mudah ingat dan yang penting tulisan-tulisan cakar ayam kita itu akan menjadi saksi di akhirat apa yang pernah kita lakukan.
Bagaimanapun, bila saya mengikuti bait-bait ucapan profesor, jari jemari menjadi kaku. Terkedu dengan penyampaian sehingga tidak satu pun mampu untuk saya catit. Sebagai pembaca blog tegar, saya juga mengikut setiap catatan di blog beliau selama ini tetapi mengutip ilmu secara diam, malu untuk memberi sebaris ayat di kotak komen blog beliau
[Ceramah di Serendah, Selangor. Di petik melalui blog www.kujie2.com].

Bersemangat sungguh mendengar Prof. Muhd Kamil Ibrahim membicarakan mengenai falsafah dan hikmah di sebalik ibadat haji, berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Masa satu jam yang diberi seakan-akan tidak cukup, baharu muqaddimah sahaja, berlarutan sehingga pukul 10 malam. Dua jam padat dengan pelbagai kisah menarik.
Malah kisah-kisah yang diceritakan bukanlah sebagai halwa telinga sahaja, tetapi mengandungi pelbagai pengajaran tersirat disebaliknya. Pengajaran betapa Allah itu Maha Berkuasa, Maha Pengasih Maha Penyayang, semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah SWT sahaja, jika Allah berkehendak, apa sahaja mungkin berlaku. Beliau juga menerangkan falsafah malaikat dan wali Allah yang menjelma semasa menunaikan fardu haji.
[Ceramah di Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam. Dipetik melalui blog www.nurazzah8.blogspot.com]